Friday, 7 November 2014

Tiada keistimewaan buat Khalid

Tiada Keistemewaan buat Khalid

Oleh Rudy Imran Shamsudin.

Bergelar pengarah dalam usia muda membuatkan ramai berasa bangga dengan pencapaian Ahmad Khalid Ahmad Nadzri, 28.
Waktu sama adik Ahmad Idham itu membuktikan kemampuannya menerusi drama bersiri Runtun Qalbu yang mencatat jumlah tontonan tinggi sewaktu disiarkan di TV3 sebelum ini.
Begitupun ada yang memberi pandangan Khalid bertuah kerana laluannya duduk di kerusi pengarah lebih mudah kerana abangnya memiliki profil tinggi dalam industri perfileman dan dikenali sebagai pengarah prolifik.
Mudah kerana ruang sentiasa terbuka untuknya bekerja dengan abang sendiri dan mencuba melakukan apa yang ingin dilaksanakan dalam dunia penerbitan filem mahupun drama.
Ditemui di lokasi drama terbaru arahannya, Zahira yang bakal mengisi slot Samarinda di TV3, Khalid tidak menafikan perkara itu dengan menjelaskan sebelum mengarah dia terlebih dulu menimba pengalaman dalam kebanyakan produksi filem arahan Ahmad Idham.
"Namun, peluang yang diperoleh tidak datang begitu saja sebalik-nya saya dilatih bekerja dari bawah. Tambahan pula saya menuntut ilmu lakonan dan pengarahan di Aswara. Segala ilmu dan pengalaman saya gunakan sebaik mungkin ketika berkarya," katanya.
Dia turut meluahkan rasa syukur apabila percubaan pertama menghasilkan Runtun Qalbu mendapat maklum balas positif penonton dan stesen televisyen, sekali gus menjadikan kerjayanya sebagai pengarah berkembang baik.
"Awal pembabitan sebagai pengarah tidak dinafikan ada pihak cuba bandingkan kerja saya dan Ahmad Idham.
"Sebagai orang baru saya bertuah kerana mendapat bimbingan Ahmad Idham yang lebih kenal dan faham industri perfileman tempatan. Seperkara ingin saya tegaskan walaupun adik, tiada keistimewaan diberikan kepada saya apabila bekerja dengannya. Malah, layanannya lebih keras kerana mahu saya menjadi yang terbaik.
"Dia juga pernah berpesan, sekiranya mahu jadi pengarah biarlah karya yang saya hasilkan itu jauh lebih baik dengan apa yang pernah dia hasilkannya sebelum ini," kata Khalid.
Bercerita lanjut mengenai Ahmad Idham, Khalid berkata abangnya itu akan melihat sendiri bagaimana dia melaksanakan kerja suntingan.
"Kerja suntingan drama dan filem sangat penting. Dia mengajar saya bagaimana hendak mewujudkan rasa dalam karya dihasilkan. Begitu juga sekiranya saya ada masalah, dia akan beri nasihat dan cari jalan penyelesaian," katanya.
Dalam berkongsi idea dan pe-ngalaman jelas Khalid belum pernah lagi berlaku pergeseren antara mereka meskipun tidak bersetuju dengan pandangan masing-masing.
"Selalunya Ahmad Idham akan memberikan idea dan penjelasan terhadap pandangan itu. Namun, itu tidak bermakna saya harus mengambilnya bulat-bulat. Apa yang penting ia berbalik kepada citarasa saya sebagai pengarah untuk merencanakan karya dihasilkan," katanya.
Zahira menggandingkan Adi Putra dan Zara Zya dan mengharapkan apa yang dihasilkan itu dapat diterima penonton sepertimana Runtuh Qalbu.
  
Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 11 Oktober 2014 @ 9:16 AM

BABAK menarik dalam drama Zahira. Gambar kecil, Khalid.

Friday, 3 January 2014

Telemovie Pertama


Telemovie yang pertama diterbitkan oleh AlfaNazra Productions Sdn. Bhd. bak kata orang 'first baby' katakan....selesai tayang di tvi..ni nak cite skit sinopsis dia...sebelum tu, terima kepada semua unit produksi,teknikal dan para artis yang terlibat kerana menjayakan telemovie ni..mudah-mudahan kite berjumpa lagi..

Sinopsis “Bulanku Di Hentian”

Mengisahkan 2 remaja yang berlainan kedudukan seorang perempuan bernama Aniya yg tingal di bandar bersama ayah dan abangnya. Semenjak kematian ibunya, Aniya merasakan dirinya tidak lengkap. Aniya meninggalkan kekasihnya bernama Jat kerana curang terhadapnya dan mengambil keputusan utk meninggalkan bandar dan bercuti di pulau.
Seorang remaja lelaki bernama Nilam tinggal dipulau tersebut bersama ibunya. Nilam juga kehilangan bapanya semenjak beliau dewasa ini, Nilam cukup terkilan kerana beliau tidak sempat meminta maaf pada bapanya kerana sehari sebelun bapanya meninggal mereka bertekak, disebabkan Nilam ingin menjadi arkitek tetapi dihalang oleh bapanya.
Nilam kini bekerja sebagai pemandu bot pelancong. Detik2 penemuan antara Nilam dan Aniya apabila Aniya cuba menaiki bot pelancong tanpa pengetahuan pemilik bot itu. Nilam dari persepsi beliau bahawa perempuan bandar adalah sebagai perempuan murahan.Nilam menegur Aniya kerana naik bot tanpa meminta izin. Sejak kejadian tempoh hari mereka sering bergaduh dan semasa di atas bot Nilam cuba merogol Aniya tanpa niat kerana Aniya menganggap Nilam seorang pekerja yg tidak ramah mesra, tetapi cubaan merogol itu gagal kerana Aniya sangat menjaga maruahnya lalu Aniya terus terjun dari bot untuk melepaskan diri, Nilam tergamam.


Lama kelamaan meraka mula mengenali satu sama lain dan detik cinta mula merebak antara Mereka berdua.Aniya mempelajari ilmu agama di kampung Nilam yg bernama Kampung Hentian. Cinta mereka dihalang oleh keluarga Aniya kerana abang Aniya (Andi) tidak suka dengan lelaki kampung dan ingin menjodohkan Aniya dengan Jat, Apakah halangan yang diterima Aniya?Adakah Aniya kembali ke Nilam?


Terjun bidang 'Pilem'

HIBURAN

Khalid Nadzri Rasa 'Goyang' Dengan Artis Terkenal
Khalid seorang pengarah drama baru yang mempunyai bakat besar.
PETALING JAYA: Pengarah muda Ahmad Khalid Nadzri mengakui gementar apabila mengarahkan pelakon terkenal seperti Fasha Sandha dan Kamal Adli dalam drama bersiri terbarunya berjudul Runtun Qalbu.
Khalid yang juga adik kepada pelakon dan pengarah Ahmad Idham Ahmad Nadzri berkata, perasaan itu timbul kerana dia bimbang peranannya sebagai seorang pengarah baru tidak dapat diterima oleh mereka.
"Perasaan itu muncul kerana mereka semua pelakon yang sudah mempunyai reputasi masing-masing dalam industri seni dan atas sebab itulah saya sedikit 'goyang' semasa mula-mula ke lokasi penggambaran.
"Bagaimanapun perasaan itu hilang apabila mereka sebenarnya sangat profesional dan menghormati kedudukan saya sebagai pengarah walaupun masih lagi baru," ujarnya kepada mStar Online.
Drama bersiri 13 episod itu bakal menemui penonton menerusi slot Zehra mulai 21 September ini dan akan disiarkan pada pukul 9 malam setiap Jumaat di TV3.
Idham menaruh keyakinan terhadap adiknya.
Dalam pada itu, bercakap mengenai pengalaman bekerjasama dengan pelakon seperti Fasha dan Kamal, Khalid memberitahu mereka sentiasa mendengar arahan yang diberikan dengan baik.
Malah kata Khalid, kedua-dua pelakon drama bersiri itu juga turut memberi pandangan masing-masing demi memastikan hasil karya itu memuaskan.
"Kami dapat bekerjasama dengan baik kerana apa yang lebih penting hasil drama ini akan dapat diterima oleh penonton," katanya.
Sementara itu, Khalid seorang pemegang ijazah dalam bidang pengarahan dari Akademi Seni Budaya dan Warisan (ASWARA) turut mengakui cara pengarahannya mempunyai persamaan dengan Idham yang juga mentornya.
Khalid menjelaskan perkara itu bukan disengajakan tetapi sudah terbiasa dengan gaya Idham yang bertindak membimbingnya selama ini.
"Bukan saya kata meniru cara arahan abang tetapi sebagai anak didiknya sudah tentu saya terpengaruh serba sedikit dengan cara pengarahannya.
"Bagaimanapun saya masih mempunyai kaedah tersendiri untuk membentuk sesuatu projek itu supaya ia tidak disamakan dengan karya abang saya," katanya.