Telemovie yang pertama diterbitkan oleh AlfaNazra Productions Sdn. Bhd. bak kata orang 'first baby' katakan....selesai tayang di tvi..ni nak cite skit sinopsis dia...sebelum tu, terima kepada semua unit produksi,teknikal dan para artis yang terlibat kerana menjayakan telemovie ni..mudah-mudahan kite berjumpa lagi..
Sinopsis “Bulanku Di Hentian”
Mengisahkan 2
remaja yang berlainan kedudukan seorang perempuan bernama Aniya yg tingal di bandar
bersama ayah dan abangnya. Semenjak kematian ibunya, Aniya merasakan dirinya
tidak lengkap. Aniya meninggalkan kekasihnya bernama Jat kerana curang
terhadapnya dan mengambil keputusan utk meninggalkan bandar dan bercuti di
pulau.
Seorang remaja
lelaki bernama Nilam tinggal dipulau tersebut bersama ibunya. Nilam juga
kehilangan bapanya semenjak beliau dewasa ini, Nilam cukup terkilan kerana
beliau tidak sempat meminta maaf pada bapanya kerana sehari sebelun bapanya
meninggal mereka bertekak, disebabkan Nilam ingin menjadi arkitek tetapi
dihalang oleh bapanya.
Nilam kini
bekerja sebagai pemandu bot pelancong. Detik2 penemuan antara Nilam dan Aniya
apabila Aniya cuba menaiki bot pelancong tanpa pengetahuan pemilik bot itu.
Nilam dari persepsi beliau bahawa perempuan bandar adalah sebagai perempuan
murahan.Nilam menegur Aniya kerana naik bot tanpa meminta izin. Sejak kejadian
tempoh hari mereka sering bergaduh dan semasa di atas bot Nilam cuba merogol
Aniya tanpa niat kerana Aniya menganggap Nilam seorang pekerja yg tidak ramah
mesra, tetapi cubaan merogol itu gagal kerana Aniya sangat menjaga maruahnya
lalu Aniya terus terjun dari bot untuk melepaskan diri, Nilam tergamam.
Lama kelamaan
meraka mula mengenali satu sama lain dan detik cinta mula merebak antara Mereka
berdua.Aniya mempelajari ilmu agama di kampung Nilam yg bernama Kampung
Hentian. Cinta mereka dihalang oleh keluarga Aniya kerana abang Aniya (Andi) tidak
suka dengan lelaki kampung dan ingin menjodohkan Aniya dengan Jat, Apakah
halangan yang diterima Aniya?Adakah Aniya kembali ke Nilam?
No comments:
Post a Comment